Daisypath Anniversary tickers

Nasihat untuk Muslimah :)


Muslimah, bentuk belakang badan kalian pun boleh menggoda lelaki.

Muslimah, jangan tangkap gambar belakang badan lalu 'publish' kepada khalayak. Ada sebahagian muslimah berpendapat, tidak mengapa letak gambar belakang badan asalkan bukan wajah dan bahagian hadapan badan.

Aljawab, tubuh wanita itu adalah aurat, baik di hadapan mahupun di belakang. Bahkan bagi sebahagian orang, belakang wanita itu lebih menggoda kerana itu sunnah melarang orang lelaki berjalan dibelakang wanita dan melarang wanita berjalan dihadapan kaum lelaki serta ditengah-tengah jalan.

Ada hadith menyebut Rasulullah Salallahualaihi wassalam mengarahkan kaum wanita yang dijalanan dengan bersabda : نَأ ْ ﻦْﻘُﻘْﺤَﺗ َ ﻖﻳِﺮﱠﻄﻟا َ ﻦُﻜْﻴَﻠَﻋ َّ تﺎَﻓﺎَﺤِﺑ ِ ِﻖﻳِﺮﱠﻄﻟا َّ

"Mundurlah kalian, kalian tidak berhak berjalan di tengah jalan, berjalanlah di pinggirnya.” [Riwayat Abu Daud]

Pemikiran lelaki dan wanita tidak sama, lelaki memandang wanita sebagai pemuas nafsu dan pemberi nikmat sedang wanita memandang lelaki sebagai pelindung dan pemimpin.

Justeru wajah wanita, bahagian dada, bahagian pusat ke bawah, bahagian belakang badannya semua berpotensi mengundang godaan kepada lelaki dan imaginasi seksual yang merangsang sehingga jika lelaki gagal mengawal diri mereka maka yang menjadi mangsa adalah wanita juga.

Baginda rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ; ﺎَﻣ ﺖْﻛَﺮَﺗ ُ يِﺪْﻌَﺑ ﺔَﻨْﺘِﻓ ً ﺮَﺿَأ ُّ ﻰَﻠَﻋ لﺎَﺟﱢﺮﻟا ِ ﻦِﻣ َ ِءﺎَﺴﱢﻨﻟا “Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

-tak ingat sumber dpt drpd mana. hehe. selamat beramal. :D

2 comment:

Unknown said...

nice entry..selamat beramal :)

Queen Irine said...

thank you. insyaAllah. :)

 
Fiction In Fiction Blogger Template by Ipietoon Blogger Template